Diet ikut jenis darah ?

 Assalamualaikum ..

Pelik x kan title entry aku hari nie, "Diet ikut jenis darah". Kalau crita pasal diet mesti kaum hawa suka dengar kan. Yalah, diet & kecantikan sangat sinonim dengan kaum hawa. Aku dapat artikel ttg nie kat majalah nona edaran oktober 2010. Sebelum aku berceloteh, pastikan korang dah tau jenis darah masing2. Okay ! ^^




Diet untuk golongan darah A 

Menurut, Dr Peter J. D'adamo, pemilik darah jenis nie lebih sesuai amalkan diet vegetarian. Golongan ne juga di katakan mempunyai risiko mendapat alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluaran pernafasan kerana darah jenis A menghasilkan kandungan lendir yang banyak berbanding darah jenis lain .
  
Ciri-ciri diet untuk golongan darah A

*Memiliki sistem pencernaan yang sensitif.
* Perlu hindari pengambilan makanan berasaskan susu & daging.
* Perlu mengambil makanan yang berkarbohidrat tinggi, tetapi rendah lemak.


Diet untuk golongan darah B

Pemilik darah jenis B digalakkan mengambil banyak sayuran hijau yang kaya dengan magnesium kerana mereka terdedah kepada jangkitan penyakit seperti imunisasi dan serangan virus.

Ciri-ciri diet untuk golongan darah B

*Amalkan diet dengan pelbagai jenis variasi makanan tetapi perlu hadkan pengambilan daging.
* Digalakkan pengambilan makanan dan minuman yang berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. 


Diet untuk golongan darah AB

Pemilik darah jenis AB perlu mengabungkan diet pemakanan dari gabungan darah jenis A & B. Golongan ini berisiko untuk dijangkiti  penyakit sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.


Ciri-ciri diet untuk golongan darah AB


*Memiliki sistem pencernaan yang sensitif.
*Pengambilan jenis makanan yang disyorkan adalah makanan laut, semua jenis telur kecuali telur itik, susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang tanah, semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
* Hadkan pengambilan daging lembu, udang, dan ikan, susu dan semua produk susu yang diproses. Kekacang boleh diambil tetapi kuantiti yang sedikit. Makanan berasaskan gandum juga disyorkan untuk dikurangkan pengambilannya. * Digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.


Diet untuk golongan darah jenis O


Pemilik darah jenis ni harus mengurangkan pengambilan semua jenis bijirin, pasta & nasi.
Berpotensi untuk menghidapi radang dan kerosakan organ seperti arthritis sekiranya makanan yang diambil tidak bersesuaian mengikut diet.


Ciri-ciri diet untuk golongan darah jenis O


* Memiliki sistem imunisasi tubuh yang tinggi.
* Digalakkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan dan sayur-sayuran.


Walaubagaimanapun, diet tuh diet juga tapi perlu kan senaman. Senaman dapat mendapatkan tubuh badan yang lebih bertenaga dan mengelakkan stress. 



p/s : lapar tapi x blh makan nasi kena jaga badan. haha ! 



Comments