Layan Vanila Coklat pulaaa


Assalamualaikum ...
Aku masih dilanda demam Setia Hujung Nyawa. Sekarang aku layan pula drama Vanila Coklat. Cerita dah meletop2 masa 2011. Sekarang baru aku nak tengok pula. Haha ! maklumlah masa 2011 tuh kan aku tengah exam STPM. X ada chance la tengok drama ne. Honestly cerita nie memang sweet. Kena-kena lagi gandingan pelakon dia yang mantap Izara Aisah yang cute dan Aiman Hakim Ridza yang handsome. Watak diorang bawa memang terbaik cuma … drama nie terlalu pendek. Cubalah dipanjangkan sehingga 20 episode ke. Tak ke tuh lagi mantap. 




Apapun, aku nak nasihat kan buat adik-adik yang masih b’sekolah tuh. Mesti ada yang suka sangat dengan drama nie kan. Akak Edora. Waaa, akak ya. Hehe. Nak nasihatkan, contohi sifat Zara yang sangat pandai bahagikan masa untuk rumah tangga dan study. Dia tak pernah ambik jalan singkat dalam study dia. Result pula gempak 4 flat. Ahhh . Apa lagi contohi lah. Aku pun nak contohi lah sikap rajin belajar  Zara mana lah tau result aku semester nie lagi gempak dan hebat dari semester lepas kan. Amin !! ^^
Perancangan sekarang selepas dah tengok drama Vanila Coklat nak tengok pula drama Nora Elena pula. Korang tunggulah aku update lagi ya. Hehe.



Comments