They gone ...

Assalamualaikum ...

Agak lama sudah aku tak menjenguk blog nie. Sejujurnya aku memang rindu untuk blogging. Namun apakan daya jari jemari ku seolah-olah tak mahu menari-nari diatas kekunci lagi pada ketika itu. Maafkan aku. 6 tahun menyepi, kini ku kembali tuk blogging lagi. Insya Allah. I'll find my times. Maybe Once a Month. I guess.




Last year, I lost many people in my life and I cry a lot. On February, I lost my dad. That moment when I got that news from the doctor. Aku tak nangis tapi aku terkedu. Aku terkejut. Aku toleh ke belakang setelah berjumpa dengan doktor. Lidah ku berat tuk menyampaikan berita sedih kepada Mama ku. Aku tahu Mama sedang menanti khabar setelah ku bertemu dengan doktor.  Setelah ku bertemu doktor, aku mencari kelibat adik beradik ku. Aku mulai menekan telefon pintar ku tuk menghubungi adik beradik ku. Namun belum sempat panggilan berdering. Kesemua adik beradik ku keluar dari parking kereta. Aku melambaikan tangan tuk meminta mereka ke tempatku. Aku tahu perlakuan ku membuatkan Mama rasa tidak keruan kerana aku hanya berdiam setelah bertemu doktor. Lidah ku berat sejujurnya. Adik beradik ku mendekati ku dan Mama. Aku menarik nafas panjang. " Kamu semua bersabar. Bapa tiada sudah " itulah ayat yang lahir dari bibirku. Bagi anda aku kuat tuk menyampaikan itu semua. Tidak aku tidak kuat. Tapi ku tak sanggup menyampaikan khabar ini tanpa adik beradikku. Ku lihat Along terduduk dan apa yang lahir dari bibirnya adalah Allahu Akhbar. Kakak ku Jaja atau Angah, memeluk Mama sambil airmatanya mengalir. Mama ketika itu memang sedih yang teramat. Insan yang menjadi peneman hidupnya telah pergi meninggal dunia ini buat selamanya. My second brother, Pijan he seems like redha even though I can see in his face that he is shocked. Lepas aku sampaikan khabar tersebut, aku terus meneruskan langkah ku ke bilik kecemasan Likas. Sejujurnya aku hanya menguatkan hatiku tuk melangkah ke bilik kecemasan tu. My tears falls likes a heavy rain when I saw my Dad. I can't believe that he is no longer with us.  Segala urusan pengebumian arwah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Tiada yang menjadi halangan. Sebelum arwah dikebumikan aku dan adik beradik kecuali Mama sebab Mama tak kuat takut Mama meratap. Kami adik beradik sempat menatap wajah arwah bapa. Wajahnya tenang and seperti sedang tidur. Now, there is only 5 of us, Mama, Along, Angah, Pijan, and Me. Kehidupan kami kurang lengkap kerana tiada Bapa disamping kami. Namun, bila kami semua bersatu. Kami saling melengkapi keluarga ini. 

Selang beberapa bulan pemergian Arwah Bapa ku. Aku mendapat satu perkhabaran bahawasanya rakan merangkap keluarga ku iaitu Lily telah terlibat dengan satu kemalangan di Tuaran. Aku dan adik beradik yang lain segera ke Hospital Queen Elizabeth 1. Keadaanya kritikal. Ketika itu hanya doa yang mampu ku lakukan semoga rakan ku ne segera pulih dan sedar dari koma. Pada Hari Raya kedua, adik Lily, telah meminta aku dan keluarga datang ke hospital. Ketika aku memasuki Wad Neuro, terdengar tangisan. Aku cuba menenangkan diri. Aku tak dapat menahan air mata ku. Aku menangis. Aku tak percaya. Ya aku tak percaya. Aku mengharapkan dia sembuh. Sesungguh Allah lagi lebih menyayangi dirinya. Arwah orang Sandakan dan keluarganya meminta pengembumian di Sandakan. Aku berada dekat dgn arwah dari proses post mortem sehingga arwah menaiki pesawat. Aku tak dapat balik ke Sandakan meskipun itu Kampung ku. Kenderaan kami semua tidak membolehkan kami tuk pulang ke Sandakan. Kami akur. Alhamdulillah. Pengebumian arwah di Sandakan berjalan lancar dan setiap kali aku pulang ke Sandakan sudah pasti aku menziarahi pusaranya.

Belum sempat tangisan ku kering di pipi, teman baikku, Sakinah telah pergi menghadap ilahi. Aku mendapat whatsapp pada pukul 4 setengah pagi daripada Kakak Senior ku mengatakan Sakinah sudah tiada. Aku terduduk membaca whatsapp itu. Aku tak percaya. Baru sahaja beberapa hari lepas aku berbual dengan Kinah melalui panggilan telefon. Sememangnya Arwah baru keluar daripada hospital setelah dirawat kerana disuspek Tibi. Dia ada juga memberitahu aku yang dia ingin bertemu dengan ku. Dia ingin aku ada di sisinya. Aku tak dapat berbuat demikian kerana faktor kerja. Apa  yang lebih menyedihkan aku. Dia pergi disaat aku bakal menduduk ujian kelayakan calon guru. Sebelum aku pergi menduduki ujian, aku menangis dan ditenangkan oleh kakak dan Mama. Semasa ujian ramai rakan yang bertanya dengan aku mengenai keberadaan arwah. Aku diam. Aku tak bersuara. Aku menahan air mataku. Aku senyum kelat. Aku menguatkan diri ku meskipun ku tahu aku tak kuat. Sepatutnya arwah juga akan menduduki ujian ini memandangkan kami berdua adalah graduan pendidikan awal kanak-kanak. Selesai saja ujian kelayakan ada rakan yang menegur ku dan masih bertanya mengenai arwah. Aku tak dapat menahan air mata ku. Aku menangis, mereka hairan. Aku memberitahu arwah baru sahaja pergi meninggalkan kita. Rakan2 juga terkejut kerana ada yang tidak tahu mengenai hal ini. Alhamdulillah. Pengebumiannya berjalan dengan lancar. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya di sana. Meskipun aku merinduikan teman baikku ini. 

Aku sentiasa mendoakan insan yang telah pergi menghadap ilahi di tempatkan bersama orang2 yang beriman. Aamiinn. Sampai sini saja coretan pertama ku di tahun 2020. 

#PKP #Stayathome #letstopcovid19

Comments